Monthly Archives

June 2018

USAHA MENCAPAI CITA-CITA @ IMPIAN

By | Blog | No Comments

Hari mulia, bulan mulia ni.. admin nak share ilmu sikit. Ni min taip sendiri, ayat sendiri. Sumber pelbagai, ada yg dpt dari pergi belajar @ berguru dan dari pengalaman. Min belum berjaya tapi min tak tahu bila min akan dipanggil balik. Semoga menjadi amal jariah @ ilmu yg bermanfaat.

Jika ada cita-cita, antara yg boleh dibuat
1. Mulakan dengan doa. Jangan putus doa dan minta orang doakan terutama ibu, ayah dan orang terdekat.
2. Ulang-ulang sebut cita-cita itu walaupun hanya kpd diri sendiri.
3. Tulis cita-cita itu di kertas.
4. Bayangkan cita-cita itu telah tercapai dan bersyukur utk pencapaian yg masih dlm bayangan itu.
5. Cari maklumat dan ilmu berkaitan. Ilmu yg betul dan dari mentor @ guru yg dah melaluinya.
6. Buat. Kalau tidak bertindak, tak akan jadi.
7. Konsisten.
8. Baiki kelemahan, atasi halangan sepanjang proses atau perjalanan. Kejayaan tidak berlaku dalam sehari atau sebulan dua.
9. Sentiasa bersyukur. Jika cita-cita kewangan cthnya.. biasakan hargai sekecil² duit syiling kita. Duit jumpa tengah jalan pula adalah ‘amanah’ ye. Bukan ‘rezeki terpijak’ yg biasa orang faham. 😏
10. Sentiasa sedekah.
11. Fokus dengan apa yg dicita-citakan. Jangan semua benda nak buat.

☢️ Berhati-hati dengan apa kita cakap, fikir dan bayangkan SEHARIAN. (biasanya kita secara tak sedar kita cakap itu ini).
Ia boleh jadi doa dan boleh jadi kenyataan.☢️

Cita-cita di atas bukan hanya bermaksud cita-cita duniawi @ kewangan semata-mata.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

 

Penggunaan Logo Halal Di Sticker

By | Blog | No Comments

Perniagaan Sticker Cool berada di Malaysia. Majoriti pelanggan kami tentulah dari Malaysia, tapi ada juga pelanggan dari Singapura dan Brunei.

Di Brunei pun, penggunaan logo halal tidak sewenang-wenangnya. Pelanggan Sticker Cool dari Malaysia yang nak letak logo halal, kami biasanya ingatkan (bukan mandatori mesti ingatkan) kalau memang ada sijil halal jakim boleh la letak. Manakala logo bukan jakim pula memang tak dibenarkan oleh pihak berkenaan. Ini cuma nasihat peribadi.

Sebagai pengusaha makanan contohnya, kena tahu selok belok perniagaan juga, tak boleh langgar semua. Kalau kena tindakan, kami memang tak terlibat.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

AKAUN PERNIAGAAN / AKAUN SEMASA (current account) / AKAUN SYARIKAT

By | Blog | No Comments

Salah satu sebab kena buka akaun perniagaan di bank (akaun semasa / syarikat) adalah untuk membina profil kewangan yg baik.

Akaun yg cantik iaitu ada transaksi wang masuk yg kerap akan memudahkan pemilik perniagaan mendapat keyakinan pihak bank untuk membuat pinjaman perniagaan.

Memulakan perniagaan dengan modal apa yang ada di tangan. Elak meminjam kerana risiko perniagaan tidak berjaya dalam tempoh 3 hingga 5 tahun pertama adalah besar. Namun untuk mengembangkan perniagaan kita perlu membuat pinjaman atau memiliki jaminan mampu membayar komitmen pemilikan, pembelian atau sewaan alatan mesin.

Jika sekarang masih menggunakan akaun peribadi untuk menerima bayaran daripada pelanggan, tak mengapa. Tapi mesti usahakan untuk membuka akaun perniagaan.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Sticker Produk / Product

By | Blog | No Comments

Sticker produk mempengaruhi keputusan pembeli. Pembeli beli makanan di gerai tepi jalan, tiada sticker pun mereka beli. mereka nampak siapa yang buat, mereka yakin maka mereka beli. Tetapi jika diri sendiri (pengeluar) tidak dapat bersama-sama produk untuk memberi keyakinan kepada pembeli, produk makanan itu perlu dilekatkan sticker untuk meyakinkan pembeli. Biasanya pembeli akan teragak-agak untuk memilih produk makanan tanpa sebarang label jika mereka tidak nampak siapa yang membuat produk makanan tersebut. cth produk makanan yg diletakkan di peti sejuk kedai runcit.

Dengan adanya sticker, sekurang-kurangnya pelanggan tahu nama produk, siapa yg mengeluarkan, bagaimana untuk menghubungi pengeluar jika sakit perut dan juga jika terlampau sedap. Adalah bonus jika sticker tersebut ada senarai bahan yg digunakan. ada pembeli yang terpaksa teliti kerana alergi makanan. Meletakkan makanan di premis yang ternama lebih ketat syarat stickernya. Sehingga ada premis yg meletakkan syarat perlu ada barkod. Merupakan satu kerugian kepada pengeluar / penjual apabila pembeli mendapati produk makanan yang dibeli sangat sedap tetapi pembeli tidak dapat mengulang beli kerana tidak tahu siapa / bagaimana utk menghubungi pengeluar / penjual.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Sticker Majlis

By | Blog | No Comments

Kebiasaannya dalam majlis seperti perkahwinan, pertunangan, akikah dll, tuan rumah menyediakan hadiah (cenderamata / cenderahati / goodies). Hadiah ini biasanya akan ditampal sticker. Ia menjadikan hadiah kelihatan lebih istimewa dan eksklusif walaupun harga kos hadiah itu sendiri tidak terlalu mahal. Hadiah tidak semestinya terdiri dari barang perhiasan. Pemberian makanan, barang kecil yg boleh digunakan dan bahan masakan juga boleh dipilih sebagai hadiah.

Sticker untuk majlis boleh diperolehi dengan kos yang murah jika bijak membuat keputusan. Tidak perlu berbelanja lebih untuk caj design / ubah suai design. Pilih design ready made yang kebiasaannya tiada caj design. Memadai memilih material mirror coat (jenis kertas) sahaja kerana harganya lebih murah berbanding material jenis lain. Tidak perlu finishing seperti laminate, gloss dll. Tempah sticker awal terutama apabila terdapat promosi / pakej menarik terutama untuk tempahan kuantiti yang banyak.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Design Sticker Bukanlah Logo

By | Blog | No Comments

Dari kacamata pihak printing sticker.

Logo dan Design Sticker bukanlah benda yang sama.
Logo merupakan imej / lakaran unik mewakili jenama atau perniagaan anda manakala design sticker hanyalah melabel produk sahaja.

Sesetengah peniaga kecil / bakal peniaga mempunyai tanggapan dengan menganggap kedua-duanya adalah benda yang sama. Ini kurang / tidak tepat.

Untuk mudah difahami, jika seseorang peniaga membuat keputusan meletak contact seperti nombor telefon, instagram atau facebook mereka di logo dan ia diprint dan ditampal ia bukan lagi menjadi logo tetapi telah menjadi sticker. Ya, logo mungkin boleh ada dalam sticker tetapi apabila ditambah dengan maklumat-maklumat lain seperti contact, nama produk, bahan, hiasan dll maka ia tidak lagi menjadi logo.

Logo mempunyai kelas dan level yang unik dan tinggi. Tidak seharusnya logo sesebuah perniagaan sama dengan perniagaan yg lain. Sebab itu juga biasanya penghasilan logo melibatkan bayaran servis / caj yang jauh lebih tinggi dari design / rekaan sticker.

Design / rekaan sticker lebih kepada melabel produk. Design yg tersendiri dan unik adalah kelebihan tetapi tidak lah mendesak berbanding logo. Bergantung juga kepada terma dan syarat penyedia / pereka design sticker tersebut.

Oleh itu, jika anda bercadang membuat sticker dengan memasukkan logo sekali, biasanya pihak printing meminta file logo yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design sticker. Walaubagaimanapun, tidak semestinya logo perlu ada dalam sticker. Jika tiada pun, masih OK lagi. [ Ditulis oleh Sticker Cool www.stickercool.com ]

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker