Monthly Archives

June 2018

Tips Sticker : Tempah Sticker / Buat Sticker ‘Design Sendiri’

By | Blog | No Comments

Tidak semua gambar boleh print menjadi sticker, terutama gambar yg diedit di smartphone. Jika gambar itu tidak sesuai, tetapi pihak printing tetap ambil tempahan tersebut, cetakan sticker anda mungkin ‘pecah’, ‘tertarik’, tulisan tidak jelas dan lain-lain.

Kebiasaannya pihak printing lebih suka anda hantar file Adobe Illustrator berbanding file-file design jenis lain untuk print sticker. Dengan ini, design boleh diedit untuk tujuan sesuaikan dengan software mesin print dan mesin pemotong. Jika skala design dibesarkan, hasil print tidak ‘pecah’ sebab adanya fungsi ‘vector’. Vector tidak ada dalam software Adobe Photoshop, tetapi ada dalam software Adobe Illustrator.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Saiz Sticker – Siri 2

By | Blog | No Comments

Saiz Sticker
Siri 2

Kenapa saiz sticker merupakan perkara utama perlu dikenalpasti?
Selain kita bimbang sticker yang dah siap lebih besar dari ruang hendak ditampal sticker, saiz sticker juga antara perkara yang menentukan harga sticker.

Cara yang ideal untuk menentukan saiz sticker yg nak ditempah adalah dengan memotong kertas (anggap kertas yg dipotong itu sebagai sticker). Acukan pada ruang yang nak tampal, adjust sampai puas hati. Bentangkan kertas yg dah dipotong dan ukur dengan pembaris.

Cara menulis ukuran, boleh rujuk gambar di bawah. Ukuran dalam sentimeter ya, bukan inci, kaki mahupun kilometer 😁

Yang paling penting saiz sticker lebih kecil dari ruang yang hendak ditampal sticker. Jadi sama ada nak besar mana atau kecil mana, tuan puan yg nak tempah sticker yang tentukan dengan memberi ukuran dalam sentimeter.

Jika perkataan yang hendak dicetak dan elemen design terlalu banyak untuk saiz tersebut, barulah adjustment terhadap perkataan yg nak dicetak atau design dibincangkan.

Berhati-hati cara mengukur, sebab ikut pengalaman kami ada pelanggan memang tidak tahu pun cara meletakkan pembaris dengan betul. Contohnya ada yang meletakkan pembaris bermula dengan angka 1 bukan 0 pada ruang yang hendak diukur. Kalau ada masalah asas seperti ini, dapatkan bantuan orang lain untuk memantau atau menolong mengukur. 😊

… bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 1 : https://stickercool.com/saiz-sticker-siri-1/

Saiz Sticker – Siri 1

By | Blog | No Comments

Saiz Sticker
Siri 1

Antara perkara yg perlu dikenal pasti sebelum tempahan boleh dibuat ialah..

Berapa besar (saiz) sticker yg nak ditempah. Kalau boleh walk in ke kedai untuk tempah sticker, bolehlah bawa bekas atau barang yg hendak ditampal sticker. Mudah berunding dengan pihak kedai.

Bagaimana kalau nak tempah secara online?
Gunakan pembaris untuk ukur sticker yg nak ditempah.
Bukan ukur bekas, botol, beg kertas yang nak ditampal sticker.

Elak beritahu saiz sticker yg nak ditempah tu dengan beri teka teki seperti saiz sticker botol kicap, bekas taufu fa, balang kuih raya dll. Perjalanan ceritanya jadi panjang, berbelit-berbelit, emosi dan tragedi pun boleh jadi 😂. Paling tragis dapat sticker lebih besar dari ruang nak tampal.

Kasihan.. menunggu dengan penuh harapan, dapat sticker tak boleh guna. Jadi gunalah nasihat kasih sayang dari kami ini 😁

… bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 2 : https://stickercool.com/saiz-sticker-siri-2/