Dari kacamata pihak printing sticker.
Logo dan Design Sticker bukanlah benda yang sama.
Logo merupakan imej / lakaran unik mewakili jenama atau perniagaan anda manakala design sticker hanyalah melabel produk sahaja.
Sesetengah peniaga kecil / bakal peniaga mempunyai tanggapan dengan menganggap kedua-duanya adalah benda yang sama. Ini kurang / tidak tepat.
Untuk mudah difahami, jika seseorang peniaga membuat keputusan meletak contact seperti nombor telefon, instagram atau facebook mereka di logo dan ia diprint dan ditampal ia bukan lagi menjadi logo tetapi telah menjadi sticker. Ya, logo mungkin boleh ada dalam sticker tetapi apabila ditambah dengan maklumat-maklumat lain seperti contact, nama produk, bahan, hiasan dll maka ia tidak lagi menjadi logo.
Logo mempunyai kelas dan level yang unik dan tinggi. Tidak seharusnya logo sesebuah perniagaan sama dengan perniagaan yg lain. Sebab itu juga biasanya penghasilan logo melibatkan bayaran servis / caj yang jauh lebih tinggi dari design / rekaan sticker.
Design / rekaan sticker lebih kepada melabel produk. Design yg tersendiri dan unik adalah kelebihan tetapi tidak lah mendesak berbanding logo. Bergantung juga kepada terma dan syarat penyedia / pereka design sticker tersebut.
Oleh itu, jika anda bercadang membuat sticker dengan memasukkan logo sekali, biasanya pihak printing meminta file logo yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design sticker. Walaubagaimanapun, tidak semestinya logo perlu ada dalam sticker. Jika tiada pun, masih OK lagi. [ Ditulis oleh Sticker Cool www.stickercool.com ]
Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker
Recent Comments