Sticker Membantu Meningkatkan Jualan Produk Makanan

By September 4, 2018Blog

Ramai sahabat-sahabat admin dan pelanggan Sticker Cool yang buat produk makanan. Alhamdulillah 😊
Admin nak share sesuatu hari ni, macam mana sticker boleh meningkatkan jualan makanan anda. Ada 3 situasi admin bawakan.

Situasi pertama. 😃
Admin pernah menghadiri majlis perkahwinan yang ada menyediakan kudapan di atas meja. Gayanya lepas kita makan nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, apa-apa nasi kenduri tu, bolehlah kita merasa sedikit makanan sampingan yang disediakan di meja makan tu.

Admin makan sejenis ‘kerepek’ (nama kerepek sebenar dirahsiakan. eh? hehehe 😊). Subhanallah sedap betul kerepek tu. Admin pernah makan jenis yang sama tapi rasanya biasa-biasa aje tapi yang admin makan hari tu memang sedap betul!. 😋

Terasa macam nak tanya tuan rumah, tempah di mana, beli dengan siapa? tapi segan la nak tanya sebab admin tak kenal sangat tuan rumah 😅. Tapi sebab dah dijemput, admin hadir la majlis tu.

Situasi kedua. 😃
Admin tempah sejenis kuih talam (nama kuih talam sebenar dirahsiakan. eh? rahsia lagi? hehehe 😁) untuk disumbangkan ke sebuah majlis (konsep macam potluck juga lebih kurang). Admin tempah kuih talam tu sebab kuih talam tu memang sedap, kalau tak silap admin dapat nombor telefon dari group whatsapp.

Alhamdulillah, seperti dijangka memang ada peminatnya. Bersungguh-sungguh kenalan admin memuji kesedapan kuih talam tu. Admin tumpang gembira, tapi setakat tumpang je lah sebab bukan admin yang buat kuih talam tu 😁. Hehehe.. kenalan siap tanya tempah dengan siapa. Bila nak balik, admin tanya kepada kenalan nak nombor telefon pembuat kuih talam tu tak? Kalau tak silap dia kata NANTI kalau dia nak tempah, dia akan whatsapp admin untuk tanya nombor telefon itu.

❤️❤️❤️❤️❤️
Sekarang cuba kita bayangkan jika dalam ke dua-dua situasi tu, penjual-penjual meletakkan sticker di balang kerepek dan di kotak kuih talam tu. Admin rasa sesiapa yang berminat dengan mudah akan snap gambar sticker dan taraaa 😍… contact anda sebagai penjual atau pembuat makanan tu telah tersebar.

Ingat ya, sticker berperanan memberitahu pelanggan, kita yang buat makanan yang sedap itu, sticker juga berfungsi menanam ingatan atau usaha berulang-ulang supaya pelanggan ingat identiti kita sebagai penjual. Biasanya kalau pelanggan dah yakin dan minat hasil jualan kita, mereka lebih terdorong nak cuba produk yang lain yang kita buat atau jual. Dan point utama hari ni : ❤️ Sticker juga berperanan memberitahu KAWAN pelanggan kita, kitalah yang buat produk yang bagus itu. ❤️

Situasi Ketiga. 😃
Gambar sticker ini pula contoh macam mana pengusaha makanan popcorn memberitahu, “kalau anda nak tempah popcorn sebagai goodies macam pengantin ni, hubungi saya melalui contact berikut”. Macam mana nak deal dengan pelanggan (pengantin) anda, itu kena kreatif. Mungkin tawarkan sekali sticker pengantin di goodies sebagai nilai tambah berbanding popcorn tanpa sticker.

Tapi jangan susahkan diri dengan tawaran yang terlalu rumit. Contohnya design sticker pengantin yang anda tawarkan terhad dan telah ditetapkan kepada 2 atau 3 jenis sahaja untuk pengantin pilih. Atau nak lagi mudah, gunakan 1 design sticker pengantin sahaja sebagai identiti anda. Jika tidak dihadkan anda akan pening dan buang masa sebab menjadi orang tengah antara pengantin dan pembuat sticker (kami Sticker Cool la pembuat sticker tu hehehe) 😘

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #tempahsticker #rafeahshareilmu#stickercoolshareilmu

lslsls