Tag

Blog Archives - Page 2 of 2 - Sticker Cool - Tempah Sticker Online

Tips Sticker : Sticker Majlis

By | Blog | No Comments

Kebiasaannya dalam majlis seperti perkahwinan, pertunangan, akikah dll, tuan rumah menyediakan hadiah (cenderamata / cenderahati / goodies). Hadiah ini biasanya akan ditampal sticker. Ia menjadikan hadiah kelihatan lebih istimewa dan eksklusif walaupun harga kos hadiah itu sendiri tidak terlalu mahal. Hadiah tidak semestinya terdiri dari barang perhiasan. Pemberian makanan, barang kecil yg boleh digunakan dan bahan masakan juga boleh dipilih sebagai hadiah.

Sticker untuk majlis boleh diperolehi dengan kos yang murah jika bijak membuat keputusan. Tidak perlu berbelanja lebih untuk caj design / ubah suai design. Pilih design ready made yang kebiasaannya tiada caj design. Memadai memilih material mirror coat (jenis kertas) sahaja kerana harganya lebih murah berbanding material jenis lain. Tidak perlu finishing seperti laminate, gloss dll. Tempah sticker awal terutama apabila terdapat promosi / pakej menarik terutama untuk tempahan kuantiti yang banyak.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Design Sticker Bukanlah Logo

By | Blog | No Comments

Dari kacamata pihak printing sticker.

Logo dan Design Sticker bukanlah benda yang sama.
Logo merupakan imej / lakaran unik mewakili jenama atau perniagaan anda manakala design sticker hanyalah melabel produk sahaja.

Sesetengah peniaga kecil / bakal peniaga mempunyai tanggapan dengan menganggap kedua-duanya adalah benda yang sama. Ini kurang / tidak tepat.

Untuk mudah difahami, jika seseorang peniaga membuat keputusan meletak contact seperti nombor telefon, instagram atau facebook mereka di logo dan ia diprint dan ditampal ia bukan lagi menjadi logo tetapi telah menjadi sticker. Ya, logo mungkin boleh ada dalam sticker tetapi apabila ditambah dengan maklumat-maklumat lain seperti contact, nama produk, bahan, hiasan dll maka ia tidak lagi menjadi logo.

Logo mempunyai kelas dan level yang unik dan tinggi. Tidak seharusnya logo sesebuah perniagaan sama dengan perniagaan yg lain. Sebab itu juga biasanya penghasilan logo melibatkan bayaran servis / caj yang jauh lebih tinggi dari design / rekaan sticker.

Design / rekaan sticker lebih kepada melabel produk. Design yg tersendiri dan unik adalah kelebihan tetapi tidak lah mendesak berbanding logo. Bergantung juga kepada terma dan syarat penyedia / pereka design sticker tersebut.

Oleh itu, jika anda bercadang membuat sticker dengan memasukkan logo sekali, biasanya pihak printing meminta file logo yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design sticker. Walaubagaimanapun, tidak semestinya logo perlu ada dalam sticker. Jika tiada pun, masih OK lagi. [ Ditulis oleh Sticker Cool www.stickercool.com ]

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Tempah Sticker / Buat Sticker ‘Design Sendiri’

By | Blog | No Comments

Tidak semua gambar boleh print menjadi sticker, terutama gambar yg diedit di smartphone. Jika gambar itu tidak sesuai, tetapi pihak printing tetap ambil tempahan tersebut, cetakan sticker anda mungkin ‘pecah’, ‘tertarik’, tulisan tidak jelas dan lain-lain.

Kebiasaannya pihak printing lebih suka anda hantar file Adobe Illustrator berbanding file-file design jenis lain untuk print sticker. Dengan ini, design boleh diedit untuk tujuan sesuaikan dengan software mesin print dan mesin pemotong. Jika skala design dibesarkan, hasil print tidak ‘pecah’ sebab adanya fungsi ‘vector’. Vector tidak ada dalam software Adobe Photoshop, tetapi ada dalam software Adobe Illustrator.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Saiz Sticker – Siri 2

By | Blog | No Comments

Saiz Sticker
Siri 2

Kenapa saiz sticker merupakan perkara utama perlu dikenalpasti?
Selain kita bimbang sticker yang dah siap lebih besar dari ruang hendak ditampal sticker, saiz sticker juga antara perkara yang menentukan harga sticker.

Cara yang ideal untuk menentukan saiz sticker yg nak ditempah adalah dengan memotong kertas (anggap kertas yg dipotong itu sebagai sticker). Acukan pada ruang yang nak tampal, adjust sampai puas hati. Bentangkan kertas yg dah dipotong dan ukur dengan pembaris.

Cara menulis ukuran, boleh rujuk gambar di bawah. Ukuran dalam sentimeter ya, bukan inci, kaki mahupun kilometer 😁

Yang paling penting saiz sticker lebih kecil dari ruang yang hendak ditampal sticker. Jadi sama ada nak besar mana atau kecil mana, tuan puan yg nak tempah sticker yang tentukan dengan memberi ukuran dalam sentimeter.

Jika perkataan yang hendak dicetak dan elemen design terlalu banyak untuk saiz tersebut, barulah adjustment terhadap perkataan yg nak dicetak atau design dibincangkan.

Berhati-hati cara mengukur, sebab ikut pengalaman kami ada pelanggan memang tidak tahu pun cara meletakkan pembaris dengan betul. Contohnya ada yang meletakkan pembaris bermula dengan angka 1 bukan 0 pada ruang yang hendak diukur. Kalau ada masalah asas seperti ini, dapatkan bantuan orang lain untuk memantau atau menolong mengukur. 😊

… bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 1 : https://stickercool.com/saiz-sticker-siri-1/

Saiz Sticker – Siri 1

By | Blog | No Comments

Saiz Sticker
Siri 1

Antara perkara yg perlu dikenal pasti sebelum tempahan boleh dibuat ialah..

Berapa besar (saiz) sticker yg nak ditempah. Kalau boleh walk in ke kedai untuk tempah sticker, bolehlah bawa bekas atau barang yg hendak ditampal sticker. Mudah berunding dengan pihak kedai.

Bagaimana kalau nak tempah secara online?
Gunakan pembaris untuk ukur sticker yg nak ditempah.
Bukan ukur bekas, botol, beg kertas yang nak ditampal sticker.

Elak beritahu saiz sticker yg nak ditempah tu dengan beri teka teki seperti saiz sticker botol kicap, bekas taufu fa, balang kuih raya dll. Perjalanan ceritanya jadi panjang, berbelit-berbelit, emosi dan tragedi pun boleh jadi 😂. Paling tragis dapat sticker lebih besar dari ruang nak tampal.

Kasihan.. menunggu dengan penuh harapan, dapat sticker tak boleh guna. Jadi gunalah nasihat kasih sayang dari kami ini 😁

… bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 2 : https://stickercool.com/saiz-sticker-siri-2/