USAHA MENCAPAI CITA-CITA @ IMPIAN

By June 29, 2018Blog

Hari mulia, bulan mulia ni.. admin nak share ilmu sikit. Ni min taip sendiri, ayat sendiri. Sumber pelbagai, ada yg dpt dari pergi belajar @ berguru dan dari pengalaman. Min belum berjaya tapi min tak tahu bila min akan dipanggil balik. Semoga menjadi amal jariah @ ilmu yg bermanfaat.

Jika ada cita-cita, antara yg boleh dibuat
1. Mulakan dengan doa. Jangan putus doa dan minta orang doakan terutama ibu, ayah dan orang terdekat.
2. Ulang-ulang sebut cita-cita itu walaupun hanya kpd diri sendiri.
3. Tulis cita-cita itu di kertas.
4. Bayangkan cita-cita itu telah tercapai dan bersyukur utk pencapaian yg masih dlm bayangan itu.
5. Cari maklumat dan ilmu berkaitan. Ilmu yg betul dan dari mentor @ guru yg dah melaluinya.
6. Buat. Kalau tidak bertindak, tak akan jadi.
7. Konsisten.
8. Baiki kelemahan, atasi halangan sepanjang proses atau perjalanan. Kejayaan tidak berlaku dalam sehari atau sebulan dua.
9. Sentiasa bersyukur. Jika cita-cita kewangan cthnya.. biasakan hargai sekecil² duit syiling kita. Duit jumpa tengah jalan pula adalah ‘amanah’ ye. Bukan ‘rezeki terpijak’ yg biasa orang faham. 😏
10. Sentiasa sedekah.
11. Fokus dengan apa yg dicita-citakan. Jangan semua benda nak buat.

☢️ Berhati-hati dengan apa kita cakap, fikir dan bayangkan SEHARIAN. (biasanya kita secara tak sedar kita cakap itu ini).
Ia boleh jadi doa dan boleh jadi kenyataan.☢️

Cita-cita di atas bukan hanya bermaksud cita-cita duniawi @ kewangan semata-mata.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool – Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

 

lslsls